Peningkatan jumlah pesakit saban hari serta pelbagai kekurangan termasuk tenaga kerja dan fasiliti menjadi antara penyebab utama berlakunya kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.<br /><br />Sehubungan itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menegaskan, isu kesesakan perlu ditangani dengan menyeluruh, memandangkan ia menjangkaui cakupan Jabatan Kecemasan sahaja.
